Masjid pusat perpaduan, terbuka kepada bukan Islam fahami dan pelajari sejarah – Nizam

TAWAU – Masjid bukan sekadar berperanan sebagai tempat Ibadah, sebaliknya menjadi pusat perpaduan serta tempat menimba ilmu bagi semua lapisan masyarakat, kata Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, masjid juga boleh menjadi ruang kepada masyarakat bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat termasuk mempelajari sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

“Kita maklum dan faham bahawa perjuangan itu mesti ada pengorbanan dan pengorbanan itu hanya boleh berlaku bila kita mempunyai kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

“Nilai tersebut boleh dipupuk dengan menjadikan masjid sebagai tempat untuk meningkatkan keyakinan diri dan semangat dalam meneruskan perjuangan hidup, ” katanya kepada media selepas merasmikan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sabah, di Masjid Al-Kauthar, di sini, pada Sabtu.

Menurut Nizam, pembinaan sahsiah belia amat penting kerana mereka merupakan pemimpin masa depan yang perlu mempunyai integriti, disiplin, jati diri serta semangat yang tinggi untuk bersama-sama membangunkan negara dan negeri.

“Apabila belia didekatkan dengan masjid dan rumah Allah, sudah pasti mereka akan lebih memahami perkara yang disuruh dan dilarang dalam agama.

“Sudah pasti apabila golongan belia ini bersikap bertanggungjawab, ia akan memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai pembangunan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan muda, tetapi juga kepada seluruh rakyat,” kongsinya.

Sehubungan itu, Nizam berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang selari dengan gagasan Sabah Maju Jaya yang menekankan pengekalan modal insan serta penglibatan aktif belia dalam pembangunan negeri.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal belia, saya amat menyokong usaha ini agar golongan belia dibimbing dan diberikan ilmu yang dapat meningkatkan integriti serta keyakinan diri mereka, sekali gus mengelakkan mereka daripada terlibat dalam perkara yang boleh menimbulkan kekacauan dan akhirnya merugikan semua pihak,” ujarnya.

Seramai 350 belia Rakan Muda dan Rakan Masjid Dari seluruh enam Bahagian di Sabah berjaya dihimpunkan pada program itu yang turut diisi dengan Tadarus Quran, Khatam Quran, tazkirah dan lantunan ayat suci daripada Johan Qari Sabah.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz