Konflik Asia Barat beri kesan kepada kos penerbangan – Fadillah

KUCHING – Konflik yang tercetus di Asia Barat dijangka memberi kesan langsung kepada peningkatan kos tiket penerbangan, termasuk laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung susulan lonjakan harga minyak mentah global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kenaikan harga minyak dunia itu juga dijangka akan memberi rantaian kesan kepada kos insurans dan logistik, yang seterusnya menjejaskan kos pengangkutan udara serta laut.

Menurut beliau, situasi tersebut boleh menjurus kepada pengenaan surcaj bahan api untuk penerbangan domestik mahupun antarabangsa, yang akhirnya memberi impak kepada kos perjalanan rakyat terutamanya di Sarawak.

“Apabila harga minyak meningkat, kos insurans dan logistik juga akan naik. Ini merangkumi kos operasi pesawat serta kos penghantaran melalui laut.

“Penerbangan pergi balik antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung mungkin turut terjejas memandangkan surcaj bahan api berkemungkinan akan dikenakan ke atas penerbangan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Fadillah turut memberi bayangan kerajaan terpaksa mengutamakan jaminan bekalan dalam negara sekiranya konflik Asia Barat terus menjejaskan rantaian bekalan tenaga global.

Menurutnya, walaupun langkah seperti menyekat eksport bahan api mungkin dipertimbangkan jika keadaan benar-benar mendesak, walaupun pelaksanaannya bukanlah satu proses yang mudah.

“Sekiranya terpaksa, kita akan meneliti segala kemungkinan (termasuk sekatan eksport). Namun, ia kekal sebagai pilihan terakhir kerana negara masih terikat dengan komitmen dan perjanjian sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Amal Aidilfitri di Pusat Khidmat ADUN Samariang pada Sabtu. 

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) kini sedang giat berunding dengan syarikat penerbangan bagi memastikan kos pengangkutan jemaah haji tidak terjejas teruk susulan konflik yang melanda Asia Barat.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memantau rapi perkembangan semasa di rantau berkenaan, terutamanya sebagai persediaan menjelang musim ibadah haji kelak.

Jelas beliau, kenaikan kos penerbangan tersebut adalah antara kemungkinan besar yang perlu ditangani segera sekiranya ketegangan di Iran dan negara teluk terus berpanjangan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar mengamalkan penggunaan tenaga secara berhemah bagi mengurangkan penggunaan bahan api, sekali gus memastikan bekalan tenaga negara dapat bertahan dengan lebih lama.

Tambah beliau, Malaysia masih mempunyai bekalan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini dan beberapa pilihan bekalan alternatif juga telah dikenal pasti.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara ketika ini masih kukuh serta berdaya tahan, namun langkah pencegahan proaktif perlu diambil sekiranya krisis tersebut berpanjangan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) 

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air