‎KUSKOP terus bantu rakyat hadapi kos sara hidup menjelang Aidilfitri ‎

BONGAWAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited membantu meringankan kos sara hidup rakyat menerusi Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang menawarkan penjimatan sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan asas sempena persediaan Aidilfitri tahun ini.

‎Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, program yang dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu menjadi antara inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat memperoleh barangan asas pada harga lebih berpatutan.

‎”Pelaksanaan JMKU juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi komuniti.

‎“Program ini bukan sahaja memastikan kestabilan harga barangan, malah menjadi instrumen intervensi kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos perbelanjaan harian, khususnya menjelang musim perayaan,” ujarnya semasa merasmikan Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan di Perkarangan Tamu Mingguan Bongawan pada Sabtu.

‎Menurut Alamin, JMKU yang diperkenalkan pada 2023 bertujuan mempromosikan konsep berkoperasi sebagai model pembangunan ekonomi kolektif yang inklusif di samping memperkasakan koperasi sebagai operator jualan kepada masyarakat setempat.

‎“Melalui pendekatan Rahmah kerajaan, program ini memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan asas dengan penjimatan sehingga 30 peratus, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup terutama bagi golongan B40 dan miskin tegar.

‎”Sepanjang 2025 sebanyak 26 siri JMKU dilaksanakan di seluruh Sabah dengan jumlah jualan mencecah RM1.24 juta yang memberi manfaat kepada 31,115 penduduk.

‎“Program ini akan diteruskan pada Ahad di Perkarangan Pasar Tamu Mingguan Membakut bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” kongsinya.

‎Tambah Alamin, sehingga Mac, tiga siri program sudah dilaksanakan iaitu di Kinabatangan, Kimanis, dan Bongawan.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam