PM arah projek bekalan air Sarawak dipercepat

KUCHING – Kerajaan MADANI memberi jaminan akan mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air yang tertangguh di Sarawak melalui kerjasama erat dengan kerajaan negeri.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu kemudahan asas seperti bekalan air merupakan satu keperluan mendesak buat rakyat dan tidak sepatutnya ada sebarang alasan yang melengahkan pelaksanaannya.  

Beliau berkata demikian susulan perbincangan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung pelaksanaan beberapa projek di negeri itu yang dikesan tersangkut.  

“Bagi kita bekalan air itu mendesak, jangan bagi alasan. Jadi kalau ada jalan keluar, ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan kerajaan negeri,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat.  

Susulan itu, Anwar memberi jaminan satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu ini bagi mencari penyelesaian dan memberikan ruang pelaksanaan yang lebih pantas serta berkesan.  

Tambah beliau, perkara tersebut juga akan dipanjangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tindakan selanjutnya.  

Jelas beliau, peruntukan sekitar RM150 juta diluluskan dengan segera untuk tujuan tersebut hasil pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada pagi Jumaat.  

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan