Kerajaan MADANI kekal subsidi RON95, tanggung kos cecah RM24 bilion

KUCHING Kerajaan MADANI mengambil keputusan untuk terus mengekalkan dasar subsidi petrol RON95 buat masa ini biarpun terpaksa menanggung beban kewangan yang dijangka mencecah RM24 bilion menjelang akhir tahun.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian tersebut dikekalkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban, walaupun harga minyak mentah dunia kini melonjak melepasi paras AS$100 setong akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.  

Menurutnya, pengekalan subsidi bahan api melibatkan RON95 dan diesel ketika ini memberikan implikasi kewangan yang amat besar kepada negara.  

“Campur subsidi minyak (iaitu) RON95 dan diesel, ia akan membebani negara dengan kadar RM3.2 bilion.

“Maknanya kalau keadaan berterusan sehingga akhir tahun, RM24 bilion subsidi minyak sahaja,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat.  

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.  

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa lonjakan harga bahan api global itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang menyebabkan rantaian bekalan terjejas, termasuk insiden kira-kira 400 buah kapal pengangkutan minyak dan gas tersekat di Teluk Hormuz.  

Bagaimanapun, tegas beliau, kerajaan akan mengambil langkah pengurusan kewangan yang lebih ketat serta melaksanakan penjimatan dalam sektor-sektor lain bagi menampung dasar subsidi berkenaan.  

Majlis berbuka puasa bertemakan ‘Islah MADANI: Memurni Jiwa, Membangun Ummah’ itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Sarawak dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).  

Sarawak merupakan destinasi ketujuh penganjuran majlis berkenaan yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu termasuk ketua-ketua masyarakat serta penggiat industri minyak dan gas tempatan.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak