Malaysia tersenarai dalam siasatan AS berhubung amalan perdagangan

AMERIKA Syarikat (AS) memulakan siasatan terhadap tindakan, dasar dan amalan 15 negara termasuk Malaysia di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 berkaitan isu kapasiti berlebihan secara struktur serta pengeluaran dalam sektor perkilangan.

Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer berkata, siasatan itu bertujuan menentukan sama ada tindakan, dasar dan amalan negara terlibat adalah tidak munasabah atau bersifat diskriminatif sehingga membebankan atau menyekat perdagangan AS.

Menurut beliau, negara yang terlibat dalam siasatan tersebut ialah China, Kesatuan Eropah, Singapura, Switzerland, Norway, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Bangladesh, Mexico, Jepun dan India.

“Usaha perindustrian semula yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump terus berdepan cabaran yang ketara,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu, selepas siasatan dimulakan, USTR perlu mengadakan rundingan dengan negara-negara yang dasar, tindakan atau amalannya sedang disiasat.

Greer turut memaklumkan bahawa pihaknya telah meminta rundingan dengan kerajaan negara terbabit termasuk China, Kesatuan Eropah, Singapura, Switzerland, Norway, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Bangladesh, Mexico, Jepun dan India.

Dalam pada itu, penyata ulasan (docket) berkaitan siasatan berkenaan dijangka dibuka kepada umum bermula 17 Mac 2026.

Related Posts

Premier Sarawak puji usaha pemerkasaan MA63 jadi komitmen utama kerajaan MADANI

KUCHING – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan dan komitmen berterusan untuk memastikan perancangan pembangunan di negara ini dilaksanakan dengan lebih seimbang. Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX