Jangan biar api kecil membakar negara

MALAYSIA berdiri di atas kepelbagaian kaum yang merangkumi Melayu, Cina, India, serta puluhan etnik di Sabah dan Sarawak yang berkongsi tanah yang sama, langit yang sama, dan masa depan yang sama.

Satu perkara yang perlu difahami, keamanan negara ini hanya dapat bertahan jika keseimbangan antara kaum dijaga dengan cermat.

Itulah apa yang sering disebut sebagai kontrak sosial. Persefahaman yang menjadi asas kepada pembinaan negara ini hingga ke hari ini.

Ianya adalah asas kepada Perlembagaan, sejarah, dan akal budi pembentukan masyarakat.

Setiap kaum ada haknya.
Setiap agama ada tempatnya.
Setiap budaya ada ruangnya.

Namun, kebelakangan ini, kita melihat sesuatu yang semakin membimbangkan. Seolah-olah ada percikan api sentimen perkauman dan keagamaan yang sengaja ditiup sehingga menjadi api besar.

Membimbangkan. Ruang paling subur bagi provokasi hari ini bukan lagi hanya di pentas politik. Tetapi media sosial, di dunia digital.

Satu video berdurasi pendek bernaratifkan perkauman atau keagamaan boleh mencetuskan kemarahan ribuan orang dalam masa beberapa jam sahaja. Kemudiannya ianya merebak.

Mulalah keluar kenyataan yang tidak bertanggungjawab, papan tanda berunsur perkauman, atau kandungan yang menghina sesuatu agama tanpa difikirkan akibatnya.

Sebagai contoh ketika perbahasan Belanjawan, seorang MP daripada Pas telah ditegur oleh Timbalan Speaker kerana dilihat melampaui batas ketika menyentuh isu berkaitan kaum dalam perbahasan.

Pada tahun lepas 2025, ada pemimpin Pas memuat naik hantaran di media sosial yang mengaitkan pelantikan seorang pegawai kanan tentera berketurunan Cina dengan kemungkinan Malaysia mempunyai Perdana Menteri Cina pada masa depan.

Apa semua ni?

Ini menunjukkan satu realiti yang tidak boleh kita nafikan iaitu provokasi kaum tidak lagi memerlukan pentas besar. Cukup sekadar satu akaun media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Itulah sebabnya banyak pihak termasuk Kerajaan MADANI sendiri mengingatkan bahawa perkara seumpama ini perlu ditangani dengan berhati-hati dan mengikut lunas undang-undang.

Sebenarnya, majoriti rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang jauh lebih harmoni daripada gambaran yang sering kita lihat di media sosial.

Di pasar malam, di tempat kerja, di sekolah, di kedai makan, kita orang Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain hidup bersama tanpa masalah besar.

Pertahankanlah keharmonian ini. Jangan kita rosakkan.

Kita boleh sahaja makan di kedai yang sama, bekerja di pejabat yang sama, dan berkongsi kehidupan harian tanpa rasa curiga.

Yang sering membakar api prasangka itu hanyalah segelintir pihak yang ingin mendapat keuntungan daripada perpecahan.

Sejarah menunjukkan, sekali api perkauman dan keagamaan menyala, kesannya boleh memakan masa bertahun-tahun untuk dipadamkan.

Jagalah kontrak sosial kita sebagai rakyat Malaysia. Pertahankan. Kekalkan.

Jangan sesekali menjadi alat kepada propaganda yang memecah-belahkan masyarakat.

Malaysia tidak akan runtuh kerana kita berbeza.
Malaysia boleh runtuh jika kita membiarkan perbezaan itu dijadikan senjata.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX