Mayat wanita tanpa identiti terapung di perairan Pulau Gaya, polis mohon waris tampil

KOTA KINABALU – Polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan waris kepada seorang wanita yang ditemukan selepas mayatnya dijumpai terapung di kawasan perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan daripada Ketua Kampung kira-kira jam 4 petang, sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal.

“Susulan penemuan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut serta proses pengecaman sementara menunggu waris tampil,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Menurut Kasim, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati mayat seorang wanita terapung di kawasan perairan kampung tersebut.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa diminta tampil membantu pihak polis bagi tujuan pengecaman serta pengurusan selanjutnya.

“Orang awam boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” kongsinya.

Polis turut merakamkan penghargaan atas kerjasama masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan kes berkenaan.

Related Posts

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar