Sabah terima RM22.75 juta dana EFT untuk pemuliharaan biodiversiti

KOTA KINABALU – Sabah menerima peruntukan sebanyak RM22.75 juta daripada Kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyaluran dana itu mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap komitmen dan dasar pemuliharaan alam sekitar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Ini jelas menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap dasar pemuliharaan alam sekitar Kerajaan Negeri yang kukuh.

“Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan usaha memelihara biodiversiti dan khazanah alam Sabah dapat diperkasakan,” katanya.

Peruntukan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan dana EFT yang diterima Sabah sejak 2019 kini mencecah RM126.36 juta.

Dana berkenaan disampaikan oleh Arthur Joseph Kurup kepada Hajiji dalam satu pertemuan di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta penyelarasan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dengan perundangan Sabah.

Menurut Hajiji, penyelarasan tersebut penting bagi memastikan potensi ekonomi karbon dapat dimanfaatkan secara optimum oleh kerajaan negeri, selari dengan usaha memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Nor Yahati Awang serta pegawai kanan kementerian berkenaan.

Related Posts

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

MIRI – Sekeping kad rawatan klinik lama kini bertukar menjadi memori bermakna buat seorang bekas pesakit dalam mengenang khidmat bakti mendiang Alexson Adit, yang merupakan salah seorang mangsa terkorban dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

KUALA LUMPUR – Laporan interim yang merangkumi hasil kajian dan cadangan penambahbaikan hala tuju strategik Kumpulan FELDA akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hujung bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan