Jaga sensitiviti, jangan sensasi kes kematian doktor pelatih wanita

PUTRAJAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan kebimbangan dengan penyebaran kandungan berkaitan insiden kematian pelatih wanita di bilik asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, Kelantan, pada Sabtu

Presiden MMA, Datuk Dr R Thirunavukarasu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyatakan siasatan awal bahawa insiden terbabit tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

“Kita sudah maklum, PDRM mengklasifikasikan kes itu sebagai laporan kematian mengejut dan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Sehubungan itu, semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Dr Thirunavukarasu berpandangan, orang ramai perlu mengutamakan sensitiviti berbanding sensasi dan menghormati privasi serta maruah keluarga doktor pelatih terbabit.

Pada masa sama, menurut beliau, semua pihak juga harus bertanggungjawab terhadap sebarang perkongsian kandungan berkaitan insiden itu.

“Justeru, semua organisasi media serta pengguna media sosial diingatkan supaya mematuhi Garis Panduan Kandungan Bunuh Diri Kebangsaan ketika melaporkan atau berkongsi maklumat berkaitan.

“Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam sebarang perkongsian kandungan kerana penyebaran maklumat secara tidak terkawal boleh menjejaskan individu yang terdedah, selain menambah trauma kepada keluarga mangsa dan komuniti perubatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Thirunavukarasu menasihatkan mereka yang sedang berdepan tekanan atau mengenali individu yang memerlukan bantuan supaya mendapatkan sokongan dan tidak berdepan masalah secara bersendirian.

“Bantuan boleh diperoleh melalui MMA HelpDoc untuk komuniti perubatan, Befrienders Malaysia di talian 03-7627 2929 atau Talian Kasih di 15999.

“MMA turut menzahirkan kesedihan atas pemergian doktor pelatih itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerjanya,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan doktor 29 tahun itu daripada hospital kira-kira jam 9.55 pagi.

Sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bersama anggota Balai Polis Kuala Krai bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah bilik asrama HSIP Kuala Krai dengan doktor berkenaan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

Dialog pelancongan lonjak kerjasama ASEAN, Malaysia dan China

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

PH tidak khianat, tikam belakang rakan – Ahmad Faez

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Danish mahu bawa suara anak muda, tidak pinggir golongan berusia di Chembong

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun

Sarawak tubuh agensi aeroangkasa, sasar lantik CEO akhir tahun