Anak yatim, asnaf, pelajar tahfiz terima bantuan Ramadan

SARATOK – Seramai 171 penerima yang terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf serta pelajar tahfiz menerima sumbangan sempena Ramadan menerusi Program Pautan Kasih yang berlangsung di Masjid Jamek Saratok pada Sabtu.

Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penganjuran program berkenaan merupakan inisiatif berterusan dalam membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 117 orang merupakan anak yatim, 45 golongan asnaf dan 13 pelajar tahfiz yang menerima bantuan pada majlis tersebut.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, di samping menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau menambah, Program Pautan Kasih bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi platform untuk mendekati dan berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang bernasib baik.

“Program seperti ini juga mampu memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa prihatin terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, sokongan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat amat penting bagi memastikan program kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz; wakil Pegawai Daerah Saratok, Hatta Adenan; Pemanca Sahari Gani; Penghulu Madi Bujang, Penghulu Misis Aris dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Foto: Facebook ADUN Kalaka

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP