Khairy terbuka hati sertai semula UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin secara terbuka telah mengumumkan untuk kembali semula menyertai parti terbabit menerusi agenda ‘Rumah Bangsa’.

Menerusi petikan Audio Siar (podcast) ‘Keluar Sekejap’ beliau menyatakan hasrat itu dan telah mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar, membuat draf surat permohonan.

Menurutnya, kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang membuka pintu kepada bekas ahli untuk kembali tanpa syarat dilihat sebagai satu perkembangan positif.

“Saya melihat ini sebagai perkembangan positif dan peluang murni bagi saya secara peribadi.

“Bolehlah Bobby (Raja Syahrir) mula draf surat (permohonan menyertai inisiatif Rumah Bangsa)… saya hendak tengok draf surat berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan menyelaraskan proses berkenaan dengan segera melalui tatacara bersesuaian mengikut Perlembagaan UMNO.

Ahmad Zahid juga berharap usaha itu dipermudahkan dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, selain memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat serta negara.

Pada Januari 2023, UMNO dilaporkan memecat Khairy, selain menggantung keahlian bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Turut digantung keahlian ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, lima ahli UMNO Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Putrajaya, dua ahli UMNO Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang turut dipecat.

Antara kesalahan mereka ialah didakwa menjadi calon Bebas dan selain BN, serta terbabit membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti