Fahmi utamakan pembangunan perumahan Parlimen Lembah Pantai

KUALA LUMPUR – Pembangunan perumahan di kawasan Parlimen Lembah Pantai sentiasa diberi keutamaan bagi membantu penduduk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebagai contoh, pembangunan semula Perumahan Awam Seri Pahang yang mempunyai 777 unit kediaman akan digantikan dengan Residensi Maarof yang menawarkan 843 unit rumah yang lebih besar, selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Bagaimanapun, perbincangan sedang dilakukan dengan Datuk Bandar bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk kos setem yang terlalu tinggi dengan mendapatkan kerjasama Kementerian Kewangan,” katanya selepas Majlis Iftar Perdana Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, proses pemindahan penyewa Perumahan Awam Seri Pahang ke Residensi Maarof dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku keempat.

Selain itu, menurutnya, sebuah sekolah rendah baharu yang dilengkapi 36 bilik darjah bakal dibina di Parlimen Lembah Pantai bagi memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat.

“Sekolah itu akan dibina di tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai yang dijangka dirobohkan pada Mei atau Jun ini,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan baucar bernilai RM150 kepada 1,200 penerima bagi membantu golongan kurang berkemampuan membuat persiapan menyambut hari raya.

Beliau berkata selepas Aidilfitri, kempen kesihatan akan digerakkan di Parlimen Lembah Pantai melalui klinik kesihatan bergerak yang bukan sahaja menyediakan saringan kesihatan, malah menyebarluaskan maklumat mengenai program dan perkhidmatan kerajaan bersama dengan agensi lain.

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
175 aktivis GSF dibebaskan, 10 rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR – Seramai 175 aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) termasuk 10 rakyat Malaysia disahkan sudah dibebaskan selepas ditahan tentera Zionis ketika misi berkenaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Kerajaan Sabah bantu rakyat ditimpa musibah di luar negara

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat