Fenomena air kemerahan di perairan Brunei kian terkawal

BANDAR SERI BEGAWAN – Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei Darussalam (NBD) terus mempergiatkan pemantauan terhadap fenomena air kemerah-merahan yang sebelum ini dikesan di beberapa kawasan perairan negara tersebut.

Usaha pemantauan itu dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan, termasuk Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei.

Menurut jabatan berkenaan, hasil analisis makmal terkini mendapati kawasan perairan luar pesisir serta persisiran pantai di daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait kini disahkan bebas daripada fenomena tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan air kemerah-merahan masih dikesan di kawasan perairan antara Muara dan Tanjung Pelumpong, namun berada pada tahap rendah serta terkawal.

Sehubungan itu, larangan sementara terhadap penjualan dan pengambilan beberapa jenis ikan kecil seperti aur-aur, tamban, basong-basong, pusu, kuasi dan bubuk yang sebelum ini terjejas akibat fenomena tersebut telah ditarik balik.

Bagaimanapun, larangan untuk memakan semua jenis kerang-kerangan masih dikekalkan sehingga keadaan benar-benar disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, orang ramai kini dibenarkan untuk menggunakan air laut serta menjalankan aktiviti rekreasi di kawasan pantai seperti biasa.

Orang awam juga diminta agar segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat perubahan warna air laut atau penemuan ikan mati dalam jumlah yang banyak di kawasan perairan dan pantai di negara itu.

Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa pemantauan akan terus dilakukan secara berterusan dan sebarang perkembangan terkini berkaitan fenomena tersebut akan disalurkan kepada orang ramai bagi memastikan maklumat yang tepat dan sahih sentiasa diperoleh.

Selain itu, negara jiran Malaysia terutamanya yang berada berdekatan dengan perairan Brunei dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli atau memakan kerang-kerangan serta hidupan laut lain yang berisiko terjejas akibat fenomena air kemerah-merahan, terutama sekiranya sumbernya tidak diketahui.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat