Lelaki cedera direnjat elektrik ketika selenggara tiang Sesco diselamatkan bomba

LIMBANG – Seorang lelaki berumur 26 tahun mengalami renjatan elektrik ketika melakukan kerja penyelenggaraan pada sebuah tiang elektrik di Kampung Pemukat di sini, petang semalam.

Ketika kejadian sekitar jam 6 petang, mangsa dilaporkan berada di atas tangga bagi menjalankan kerja tersebut sebelum terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan dia tidak dapat turun dan berada dalam keadaan separa sedar.

Ketua Zon Tujuh Limbang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 6.18 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya pasukan penyelamat di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa masih berada di atas tangga selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja penyelenggaraan tiang berkenaan.

Mangsa kemudiannya berjaya diturunkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills