10 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Dewan Masyarakat Medamit

LIMBANG – Seramai 10 mangsa banjir daripada empat keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Medamit selepas kawasan Hujung Jalan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak malam Jumaat.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lt (PA) Jumaat Akasas, PPS berkenaan dibuka pada jam 11.30 malam Sabtu bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Kesemua mangsa terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan yang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir.

“Setakat ini keadaan di PPS terkawal dan semua mangsa ditempatkan dengan selamat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Seramai 23 petugas daripada pelbagai agensi termasuk APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta RELA turut digerakkan bagi membantu pengurusan dan kebajikan mangsa di PPS tersebut.

Beliau memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa serta mengelakkan daripada memasuki kawasan yang terjejas demi keselamatan.

Sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Limbang di talian 085-210471 atau talian kecemasan MERS 999.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan