Al-Sultan Abdullah berkenan masyhur nama Universiti al-Quran

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan memasyhurkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang.

Baginda berkenan bercemar duli ke Majlis Pengisytiharan Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang dan Majlis Kesyukuran serta Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Yang Ke-40 Perkahwinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang di Istana Abdulaziz, petang semalam.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, lapor Pahang Media.

Ketibaan baginda berdua pada jam 6.50 petang disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima warkah perisytiharan nama UnIPSAS kepada Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang daripada Zambry sebelum berkenan menyerahkan warkah itu kepada Wan Rosdy.

Pertukaran warkah perisytiharan ini disaksikan Nazri; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Rektor UnIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Paduka Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan gimik pelancaran logo Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang dan seterusnya menyempurnakan penukilan tulisan khat basmallah dalam mushaf negeri Pahang.

Kulit Mushaf Al-Quran Negeri Pahang ini adalah hasil karya 100 peratus anak tempatan menggunakan motif dan elemen seni negeri Pahang, antaranya Bunga Pekan serta corak diinspirasikan dari kain selendang Tenun Pahang Diraja yang menjadi antara identiti seni dan warisan negeri.

Lembaran surah Al-Fatihah turut dihiasi dengan motif seni tempatan diinspirasikan daripada motif-motif dalam Qanun Pahang sebagai usaha menampilkan identiti warisan seni negeri Pahang.

Baginda berdua seterusnya berkenan berangkat berbuka puasa bersama semua tetamu.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran