Karnival Mantai: Peluang penduduk Selangor beli barangan harga istimewa

KERAJAAN Negeri Selangor akan mengadakan Karnival Mantai yang akan menawarkan barangan basah dengan harga istimewa.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan basah bagi menyediakan juadah Aifilfitri dari 16 hingga 19 Mac ini.

Jelasnya, Karnival Mantai menyaksikan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu rakyat memperolehi
barangan keperluan dapur pada harga lebih rendah menjelang Aidilfitri.

Menurutnya, lokasi pertama akan diadakan di pekarangan Stadium Shah Alam pada 17 hingga 18 Mac dengan peruntukan RM70,000 bagi penyediaan kupon, selain jualan berlangsung tanpa henti selama 48 jam.

“Sebanyak 10 tan daging akan dijual pada harga promosi RM25 sekilogram berbanding harga asal RM38 sekilogram.

“Bagi lokasi ini, RM50,000 diperuntukkan untuk kupon bernilai RM5 kepada setiap pengunjung yang membeli daging.

“Selain itu, sebanyak 4,000 ekor ayam turut disediakan dengan pemberian kupon RM5 melibatkan peruntukan RM20,000. Harga asal RM17 seekor, namun menerusi karnival ini ia ditawarkan pada harga RM10 seekor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Ampang pada Khamis.

Izham menambah, lokasi kedua karnival tersebut akan diadakan di tapak karnival Bandar Tasik Kesuma, Beranang dari 16 hingga 19 Mac dengan jualan berlangsung tanpa henti selama 96 jam.

“Di Beranang pula, pengunjung akan menerima kupon bernilai RM10 bagi pembelian daging yang dijual pada harga asal RM38 sekilogram, dengan sejumlah RM30,000 diperuntukkan bagi penyediaan kupon,” katanya.

Justeru, Izham berharap penganjuran karnival berkenaan dapat membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan dapur pada harga lebih berpatutan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX