ADUN Sungai Udang diberi masa seminggu padam video IPD dijual

ALOR GAJAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof diberi masa tujuh hari bermula Khamis lalu untuk memadam klip video di akaun TikTok miliknya berkenaan dakwaan bahawa bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Banda Hilir di sini telah dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan dalam kenyataannya menjekaskan Mohd Aleef juga diminta membuat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang dikaitkan dengan penjualan berkenaan.

Tegasnya, sebagai seorang wakil rakyat Mohd Aleef sepatutnya menyertakan bukti kukuh sebelum menyebarkan sebarang dakwaan.

“Saya amat bersedih dengan sifat YB (Yang Berhormat) Aleef yang mengatakan kerajaan negeri, seolah-olah zalim kepada anggota polis, tidak berlaku pun, malah Ketua Menteri mendengar keluh kesah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehinggakan kita bantu hendak selesaikan masalah mereka.

“Kalau benarlah penjawat awam di Melaka ini dizalimi, sila kemukakan bukti dan saya minta kepada YB Aleef Sungai Udang, saya bagi masa tempoh tujuh hari yang berakhir pada Khamis (esok) untuk menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri.

“Jika tidak melakukan sedemikian, saya tidak akan teragak-agak berbincang dengan pihak atasan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap yang berhormat Sungai Udang,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan negeri menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui platform TikTok dan Telegram berkenaan IPD Melaka Tengah di Banda Hilir dipindahkan ke bangunan sementara di Batu Berendam kerana bangunan asal itu telah dijual sebagai fitnah ‘dangkal’.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mewakili Ketua Menteri berkata, adalah mustahil untuk tanah itu dijual kepada mana-mana pihak kerana ia tidak dimiliki kerajaan negeri, sebaliknya milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) (JKPTG).

Tegasnya, mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini juga telah memutuskan bahawa bangunan itu bakal dijadikan sebagai muzium polis selepas dikosongkan sepenuhnya.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara