Little Napoleon dan budaya kerja ‘in-silo’ antara cabaran sektor awam – KSN

PUTRAJAYA – Perkhidmatan awam menghadapi tiga cabaran utama yang memerlukan penambahbaikan dilakukan dengan segera.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, budaya kerja ‘in-silo’ dan kerenah birokrasi masih menebal dalam sesetengah agensi awam.

“Budaya merasakan diri lebih hebat daripada orang lain menjadi punca budaya kerja ‘in-silo’ masih menebal,” kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, kadang-kadang meluluskan projek pembangunan terpaksa melalui proses yang panjang kerana melibatkan banyak kementerian.

“Sewajarnya, itu bukan alasan kita mengambil masa yang panjang untuk memproses satu-satunya projek sehingga menjadi punca projek tersebut tidak dapat disiapkan.

“Akhirnya, ekspetasi pihak berkepentingan tidak dapat dipenuhi.” kata beliau

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata penyampaian perkhidmatan antara cabaran kedua yang menjadikan sektor awam kurang efektif dan berdaya saing.

“Kita sering bercakap tentang teknologi meningkatkan kecekapan, namun masih ada rungutan daripada pelanggan,” ujar beliau.

Selain itu, beliau menambah budaya ‘Little Napoleon’ masih kuat mengakar dalam sesetengah organisasi kerajaan.

“Statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejumlah 408 tangkapan melibatkan penjawat awam dilakukan berbanding 318 tangkapan bagi tempoh sama tahun lepas,” ujar beliau.

Beliau berkata tiga cabaran tersebut perlu dihadapi dalam usaha mereformasi perkhidmatan awam secara tuntas.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI