RUU pengasingan Peguam Negara, Pendakwa Raya diteliti tiga bulan – Fahmi

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 yang mencadangkan pengasingan fungsi peguam negara dan pendakwa raya akan melalui proses penambahbaikan selama kira-kira tiga bulan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah meneliti pembentangan RUU berkenaan dan mengambil maklum penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat bagi memperhalusi cadangan tersebut. Mesyuarat pertama jawatankuasa itu dijadualkan pada 16 Mac ini.

“Jemaah Menteri meneliti pembentangan RUU bagi tujuan memisahkan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya dan juga mengambil maklum bahawa satu jawatankuasa pilihan khas ditubuhkan, dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Datuk Seri Azalina memaklumkan bahawa mesyuarat pertama bagi jawatankuasa pilihan khas ini akan diadakan pada 16 Mac dan dijangka proses untuk meneliti pandangan, mengumpulkan maklum balas serta usaha untuk menambah baik RUU terbabit akan mengambil masa sekitar tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, RUU berkenaan telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat selepas melalui bacaan kali kedua bagi membolehkan penelitian lebih terperinci dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membawa usul merujuk RUU tersebut kepada jawatankuasa khas bagi memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan mengemukakan pandangan.

Dewan Rakyat meluluskan usul berkenaan dengan lebih suara bersetuju.

Azalina dilaporkan berkata, jawatankuasa itu akan meneliti keseluruhan peruntukan RUU termasuk aspek kebertanggungjawaban pendakwa raya serta mengesyorkan pindaan yang difikirkan sesuai.

Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dipengerusikan oleh beliau dan turut dianggotai Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang, termasuk wakil daripada pelbagai parti bagi memastikan penelitian dibuat secara menyeluruh dan seimbang.

Related Posts

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM