KPT arah UMPSA ambil tindakan sepatutnya terhadap pelajar hina Islam

BACHOK – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengambil tindakan mengikut peruntukan universiti terhadap mahasiswa yang didakwa memijak al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kes berkenaan kini sudah menjadi kes polis dan pihaknya menunggu hasil siasatan dilakukan pihak berkuasa.

“Saya sudah arah pihak universiti mengambil langkah-langkah yang perlu selaras dengan peruntukan yang ada dalam universiti.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan kes seumpama ini, ia akan menimbulkan konflik yang lebih mendalam,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zambry turut menegaskan pihaknya tidak berkompromi berhubung tindakan terhadap mahasiswa berkenaan.

“Pihak universiti juga mengambil langkah segera termasuk membuat laporan polis dan kini mahasiswa terbabit dalam siasatan polis.

“Jadi saya ingin mengingatkan kepada semua pihak termasuk mahasiswa terutama dalam konteks universiti, kita perlu menyuburkan semangat saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Apabila tindakan menghina sesuatu agama itu, tentunya akan menimbulkan kemarahan yang melampau apatah lagi perbuatan memijak al-Quran oleh individu dari agama lain.

“Adalah malang apabila ada kes seperti ini dilakukan oleh seseorang, sama ada di kalangan pelajar mahupun di komuniti universiti,” katanya.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara