Gol Fernandes, Sesko bantu United atasi Palace

MANCHESTER United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan 10 pemain Crystal Palace 2-1 sekali gus melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Kapten United, Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti sebelum hantaran percumanya disudahkan Benjamin Sesko bagi memastikan kemenangan di Old Trafford.

Skuad kendalian Michael Carrick kini mengumpul 51 mata daripada 28 perlawanan, dengan rekod tanpa kalahnya sejak pertengahan Januari berlanjutan kepada tujuh aksi. Palace pula kekal di tangga ke-14 pada 35 mata.

United dikejutkan seawal minit keempat apabila Maxence Lacroix menewaskan Leny Yoro dalam perebutan udara sebelum menanduk masuk sepakan sudut – gol terpantas dibolosi tuan rumah musim ini.

Selepas aksi hambar babak pertama, United tampil lebih agresif di babak kedua.

Minit ke-57, Fernandes menyamakan kedudukan menerusi penalti selepas Matheus Cunha dijatuhkan Lacroix, yang turut dilayangkan kad merah.

Lapan minit kemudian, Sesko melengkapkan kebangkitan apabila melonjak tinggi dan menanduk masuk hantaran Fernandes untuk memastikan tiga mata penting buat United dalam perebutan kelompok teratas liga.

Related Posts

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

KUCHING – Kontinjen Para SUKMA Sarawak bertekad mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor, biarpun bakal berdepan cabaran sengit berikutan perubahan had umur atlet. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’