3 rumah, 2 motosikal musnah dalam kebakaran di Kg Imbak

TONGOD – Tiga buah rumah dan dua motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Imbak, di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.31 pagi, Ahad.

“Sepasukan bomba dari BBP Kinabatangan yang terdiri daripada tujuh anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 166 kilometer (km).

“Jentera tiba di lokasi pada pukul 1 petang dan mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah serta dua motosikal yang terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran bagaimanapun telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba,” ujarnya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Hairi, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja memadam sisa bara menggunakan satu aliran hos bagi memastikan tiada bahaya lain.

Tambahnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berukuran 30×40 kaki serta dua rumah tidak kekal berukuran 25×20 kaki dan 18×25 kaki.

“Dua motosikal jenis Honda EX5 turut musnah sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.45 petang,” katanya.

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Saguon Tongod, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Sabah Electricity.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran