Dividen 6.15 peratus bukti kecekapan pengurusan KWSP – PM

KUALA LUMPUR – Keupayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan kadar dividen melebihi enam peratus bagi tahun kewangan 2025 membuktikan keteguhan pengurusan pelaburannya walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi berkenaan sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara yang diurus secara berhemah dan profesional.

“Alhamdulillah, KWSP mengisytiharkan dividen 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah untuk 2025 dengan jumlah agihan RM79.6 bilion.

“Pencapaian ini, meskipun dalam keadaan pasaran global yang mencabar, mencerminkan kekuatan pengurusan pelaburan KWSP dan keyakinan berterusan rakyat terhadap sistem simpanan persaraan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan menghargai pencapaian itu dan komited meneruskan dasar ekonomi mampan bagi menyokong pertumbuhan negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menurutnya, pendekatan progresif yang dilaksanakan bertujuan memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai jaminan kewangan lebih kukuh untuk merancang masa depan dengan penuh keyakinan dan bermaruah.

Sementara itu, KWSP memaklumkan kadar dividen 6.15 peratus berkenaan melibatkan kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2025.

Daripada jumlah keseluruhan agihan RM79.6 bilion, sebanyak RM67.1 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Konvensional manakala RM12.5 bilion bagi Simpanan Shariah.

Pengkreditan dividen dijangka selesai esok dan ahli boleh membuat semakan menerusi i-Akaun atau Terminal Layan Diri (SST) yang disediakan di seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, KWSP merekodkan pendapatan boleh agih berjumlah RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus berbanding RM75.5 bilion pada tahun sebelumnya.

Nilai aset pelaburan turut berkembang kepada RM1.409 trilion, iaitu kenaikan 12.8 peratus daripada RM1.250 trilion, disumbangkan oleh prestasi portfolio pelaburan serta caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion sepanjang tahun lalu.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak