Kerajaan Pahang bantu dua beradik terselamat tragedi kebakaran di Ulu Dong

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memberi bantuan sewajarnya kepada dua beradik yang terselamat dalam kebakaran yang meragut nyawa lima ahli keluarga mereka di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri juga akan melihat kebajikan diperlukan dua beradik berkenaan.

“Dua beradik ini masih lagi belajar dan kerajaan negeri akan melihat kebajikan mereka dan akan bantu memberi bantuan,” katanya menerusi portal Pahang Media.

Dalam kejadian semalam, lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran itu iaitu suami isteri, Mohd Alawi Mohammad, 56 dan Zaleha Adam @ Ibrahim, 44 serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9.

Namun, dua beradik itu – Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19 dan Ahmad Balia Murqam, 15 – terselamat kerana masing-masing berada di asrama Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Dong, Fadzli Mohamad Kamal berkata, beliau sudah bertemu kedua-dua beradik itu semalam untuk mengetahui keperluan mereka, terutama dalam soal tempat tinggal.

“Bagaimanapun, mereka memilih untuk tinggal bersama saudara. Saya juga bersedia membantu daripada segi persekolahan dan pendidikan mereka.

“Saya terharu apabila pelbagai pihak termasuk individu tampil menyatakan kesediaan membantu dua beradik ini,” katanya yang juga Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan