APM Saratok bertindak pantas bersihkan pokok tumbang di Jalan Nanga Batang Ulu Krian

SARATOK – Laluan utama di Jalan Nanga Batang Ulu Krian yang terhalang akibat pokok tumbang berjaya dibersihkan hasil tindakan segera anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, pagi Khamis.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 7.50 pagi yang melaporkan kejadian pokok tumbang sehingga menimpa tali wayar di kawasan berkenaan.

Susulan laporan itu, seramai empat anggota telah digerakkan dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada jam 7.57 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 9.27 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 50 kilometer.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, didapati sebatang pokok bersaiz besar menghalang keseluruhan laluan sekali gus menjejaskan pergerakan penduduk setempat.

Anggota bertugas iaitu PBT Jeffery Kedit Kayan, PBT Boniface Bungin Lily, PBT Muaari Peterjohn Tampakrita Peter dan PBT Holleyness Alek segera mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum menjalankan kerja pemotongan menggunakan tiga unit gergaji rantai.

Operasi tersebut mengambil masa kira-kira 13 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok berkenaan dengan kerjasama pihak Sarawak Energy, sebelum jalan dapat dibuka semula kepada pengguna.

Tiada sebarang kemalangan atau kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang operasi dijalankan dan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Nur Athirah turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan termasuk insiden pokok tumbang, khususnya ketika cuaca tidak menentu, agar tindakan pantas dapat diambil bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Foto: APM Daerah Saratok

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX