RUU had tempoh PM, pengasingan kuasa perkasa Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

PUTRAJAYA – Langkah menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilihat dapat memperbaiki skor dan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Idris Zaharudin berkata, kedua-dua rang undang-undang (RUU) itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi dan penambahbaikan tatakelola yang dirancang oleh kerajaan. 

“Pembentangan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah khususnya Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dalam memperkukuh integriti institusi negara. 

“Rang undang-undang ini adalah merupakan antara tujuh cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) kepada kerajaan,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Idris berkata, dengan langkah terbabit, tindakan itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap usaha Malaysia serta memperbaiki skor dan kedudukan negara dalam CPI pada masa akan datang. 

Beliau memaklumkan, Pasukan Petugas Khas yang diterajui Ketua Setiausaha Negara menunjukkan kesan positif dalam pelaksanaan agenda reformasi ini.

“Momentum yang dibina dijangka mampu melonjakkan prestasi negara untuk mencapai kedudukan tangga ke-25 dalam CPI menjelang tahun 2033.

“Kerajaan menegaskan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada tekad berterusan untuk memperkukuh prinsip integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 yang bertujuan untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua juga akan dibentangkan pada persidangan kali ini.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam