RUU Tadbir Urus AI utamakan akauntabiliti dan etika – Anwar

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang dicadangkan bertujuan menangani isu akauntabiliti dan etika dalam penggunaan AI, masih berada pada peringkat awal di bawah Kementerian Digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RUU itu akan melalui proses perundingan, termasuk bersama Jawatankuasa Khas Parlimen, bagi membincangkan sebarang aspek yang mungkin terlepas pandang.

Beliau berkata, perkara itu amat signifikan memandangkan ia pendekatan dan inisiatif baharu bukan sahaja bagi Malaysia, malah bagi banyak negara lain.

“RUU ini juga akan memperincikan isu akauntabiliti dan etika dalam penggunaan AI, melibatkan pembangun serta pihak yang melaksanakan sistem AI.

“Dan oleh kerana ini merupakan pendekatan serta inisiatif baharu, ia juga memastikan undang-undang sedia ada kekal terpakai dan boleh dikuatkuasakan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PH–Ampang) yang meminta penjelasan bagaimana RUU Tadbir Urus AI itu akan menangani isu hak cipta dan harta intelek, memandangkan sistem AI lazimnya dilatih menggunakan bahan berhak cipta seperti teks, imej, audio dan kandungan video.

Anwar menyifatkan RUU tersebut sebagai amat kritikal kerana ia mengisi kelompongan sedia ada, iaitu ketiadaan rangka kerja tadbir urus AI yang menyeluruh.

Beliau memberi jaminan sesi libat urus akan dijalankan bagi memastikan sebarang perkara tertinggal dapat dimasukkan memandangkan RUU itu merupakan ikhtiar baharu negara.

“RUU ini juga akan memperincikan isu pertanggungjawaban dan etika dalam penggunaan AI serta membabitkan pemaju, pembangun, pelaksana dan ‘deployers’ sistem AI, selain memastikan undang-undang sedia ada harus terpakai dan boleh dilaksanakan.

“Ia membabitkan dua aspek iaitu input yang ditelan dalam sistem AI, diikuti perkara yang dikeluarkan daripada janaan hasil kerangka daripada masukan sedia ada daripada sistem AI.

“Ini memang ada dalam undang-undang sedia ada iaitu Akta Hak Cipta 1987 yang mesti dilaksanakan secara berkesan dan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek) diminta digerakkan supaya pantau secara lebih berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, aspek menangani permasalahan dan risiko turut terangkum dalam RUU itu, termasuk pelaporan berkaitan insiden dan kemudaratan hasil penggunaan teknologi digital dan AI.

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan isu hak warga, bahaya dan risiko susulan tindakan mengesampingkan etika turut diberikan perhatian khusus ketika penggubalan RUU berkenaan.

“Ini sebenarnya membabitkan soal etika sebab kelemahan ketara dalam sistem AI dan digital yang diperkenalkan sekarang, seolah-olah mengetepikan pertimbangan berkenaan.

“(RUU ini) berbeza daripada pendekatan diamalkan Barat kerana (mereka mengutamakan) hanya dari sudut perincian undang-undang, namun aspek akhlak dan moral tidak diberikan keutamaan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula