Kerajaan tidak tergesa-gesa batal ART Malaysia-AS – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak akan terburu-buru membatalkan perjanjian berkenaan susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan tarif import diperkenalkan Presiden AS sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu diberikan ruang dan masa untuk mempertimbangkan kepentingan negara serta implikasi terhadap ekonomi sebelum sebarang ketetapan dibuat.

“Mengapa kita nak terburu-buru… kerana Mahkamah Agung AS putuskan tiga hari yang lalu, hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung, saya tidak setuju,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada gesaan Hasan Karim (PH-Pasir Gudang) supaya kerajaan membatalkan ART Malaysia-AS susulan perkembangan terkini itu.

“Sebab itu saya katakan untuk kerajaan seluruhnya, beri sedikit ruang dan masa kerana apa keputusan kita buat hari ini.. ya, mungkin boleh kata bunyi gegak gempita, hebat. Tetapi apa risikonya kepada ekonomi negara.

“Kalau soal maruah dan kedaulatan, itu soal lain. Tapi kalau soal strategi perdagangan, kita kena ambil kira kepentingan negara. Itu saja yang saya minta.

“Saya tidak mahu pertikai keputusan atau pandangan Pasir Gudang (Hasan). Saya cuma nak kata, beri ruang,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula