Kemasukan pusat data tanpa elemen AI dihadkan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengehadkan kemasukan pusat data baharu yang tidak mempunyai elemen kecerdasan buatan (AI) atau penambahan teknologi tinggi sejak hampir dua tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan pertambahan beban terhadap grid kuasa nasional yang boleh menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna domestik.

Menurutnya, peningkatan mendadak penggunaan tenaga dan air bagi operasi pusat data yang berpangkalan di negara ini memerlukan kawal selia lebih tegas.

“Semua permohonan baharu (pusat data) yang tiada kaitan (dengan AI atau penambahan teknologi tinggi) dan hanya kerana (mahu) menggunakan kemudahan air dan harga tenaga yang murah, sudah dihentikan.

“Namun, jika (pusat data baharu) yang ada manfaat daripada sudut penambahan teknologi tinggi dan AI, ini mudah untuk diluluskan,” katanya pada sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berhubung kesan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI terhadap penggunaan tenaga dan air, selain langkah memastikan bekalan mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI