Terpedaya pelaburan saham dalam talian, lelaki putih mata rugi hampir RM234,000

MIRI – Seorang lelaki tempatan berputih mata selepas kerugian RM233,950 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang berusia awal 30-an itu membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri pada 21 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa pada mulanya tertarik dengan skim berkenaan sejak Oktober tahun lalu selepas melayari sebuah laman sesawang.

“Kepercayaan mangsa bertambah apabila melihat paparan keuntungan lumayan yang rancak dikongsikan oleh ahli-ahli di dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan.

“Mangsa kemudian diminta membuka akaun di laman sesawang tersebut dan membuat pelaburan awal RM100, sebelum menerima pulangan sebanyak RM700,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Farhan memberitahu, pulangan awal tersebut telah mengaburi mata mangsa, sekaligus mendorongnya untuk melabur dalam jumlah yang lebih besar atas janji keuntungan berlipat ganda.

Jelas beliau, mangsa yang terpengaruh akhirnya telah melakukan 27 transaksi pembayaran berperingkat ke 21 akaun bank berbeza.

“Tembelang sindiket pecah apabila mereka terus mendesak mangsa untuk membuat bayaran tambahan, manakala keuntungan yang dijanjikan sebelum ini langsung tidak diterima,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu oleh pegawai penyiasat, Inspektor Sisim Abd Samad.

Susulan kejadian itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah gelap mata dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.

Orang ramai disaran untuk membuat semakan silang status syarikat atau skim pelaburan melalui laman amaran pengguna kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum memindahkan sebarang wang.

Selain itu, mangsa penipuan digesa supaya segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya baru sahaja memindahkan wang ke akaun yang mencurigakan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP