Sarawak bincang autonomi pendidikan, DLP bersama KPM

PUTRAJAYA – Delegasi Sarawak mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis bagi membincangkan isu autonomi pendidikan dengan rujukan khusus kepada pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di negeri berkenaan.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel itu menyantuni Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Pertemuan tersebut difahamkan bagi membincangkan perkara berbangkit daripada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) sebelum ini.

Semasa perbincangan itu, Muhammad Abdullah menegaskan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amat kritikal, terutamanya bagi mempersiapkan mereka untuk berdepan dengan keperluan teknologi masa hadapan.

Sesi tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha memperkasakan pembangunan pendidikan, di samping menyelaras aspirasi negeri dengan kerangka pendidikan kebangsaan sedia ada.

“Kerajaan Sarawak terus komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap dasar pendidikan yang dilaksanakan memberi manfaat besar kepada pelajar.

“Selain itu, ia turut bertujuan mengukuhkan kapasiti institusi serta menyokong pembangunan sosioekonomi jangka panjang negeri,” jelas kenyataan tersebut.

Turut Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Adana Jed; Peguam Kanan Sarawak, Dr Jady@Zaidi Hassim; Ketua Bahagian Pendidikan MEITD, Donald Henry dan Pegawai Undang-undang, Azreen Fasya Mohamad Abu Bakar.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan