Media harus diperkasa kembali menjadi tiang perpaduan negara

PUTRAJAYA – Keperluan buat kerajaan mengembalikan semula peranan media sebagai tiang perpaduan negara selepas Malaysia kini sedang melalui fasa yang sensitif dalam hubungan antara kaum dan agama.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli berkata,  isu berkaitan rumah ibadat serta sensitiviti makanan yang menyentuh kepercayaan agama semakin mudah mencetuskan ketegangan.

Dalam era media sosial, menurutnya, satu kenyataan kecil boleh menjadi gelombang besar yang menggugat keharmonian negara.

“Hari ini, cabaran terbesar bukan lagi televisyen atau radio. Cabaran terbesar ialah ruang digital yang bergerak tanpa sempadan. Kandungan provokatif tersebar pantas, membentuk persepsi sebelum fakta sempat dijelaskan.

“Jika tidak diurus dengan strategi yang jelas, ia berpotensi menjejaskan kestabilan sosial dan keselamatan negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Jurey Latiff berkata, suatu ketika dahulu, televisyen dan radio memainkan peranan besar dalam menyatukan rakyat.

“Drama seperti Opah, Empat Sekawan dan Rumah Kedai membina nilai hormat, persahabatan merentas kaum dan rasa kebersamaan secara semula jadi,” katanya.

Tambahnya, kandungan sempena bulan Ramadan pula menjadi detik yang menyatukan keluarga pelbagai latar belakang.

“Persoalannya hari ini: apakah naratif yang sedang membentuk generasi muda kita. Adakah mereka membesar dengan semangat kebersamaan, atau dengan kandungan yang mengangkat prasangka dan kemarahan?” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan mempertimbangkan langkah segera termasuk menggubal Pelan Strategik Media Nasional berteraskan perpaduan.

Jurey Latiff menjelaskan, kerajaan juga perlu menyediakan dana khusus untuk kandungan digital dan penyiaran yang memperkukuh keharmonian.

“Strategi Naratif Balas Nasional perlu diwujudkan bagi mengimbangi kandungan media sosial yang memecah-belahkan, manakala penyiaran awam digerakkan sebagai benteng perpaduan dan pembentuk jiwa bangsa.

“Kepada Ketua Pengarah Penyiaran baharu, inilah masanya untuk memimpin dengan visi dan tindakan konkrit. Penyiaran awam mesti menjadi suara rasional.

“Pada masa sama, perlu jadinpenenang dalam suasana yang semakin mencabar. Masih ada ruang untuk membetulkan arah sebelum nasi menjadi bubur,” katanya.

Related Posts

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

BANGI – Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik. Menteri Peralihan Tenaga dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar