Gaza kian bergolak, masih jauh daripada aman

PEGAWAI kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa gencatan senjata yang rapuh di Gaza masih berdepan ancaman susulan serangan Israel serta tindakan unilateral di Tebing Barat yang terus meningkatkan ketegangan dan penderitaan rakyat Palestin.

Timbalan Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik dan Pembinaan Keamanan, Rosemary DiCarlo berkata, serangan tentera Israel sejak beberapa minggu kebelakangan ini menyasarkan kawasan berpenduduk padat di Gaza dan mengorbankan puluhan rakyat Palestin.

Berucap pada sesi peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB, beliau menegaskan keadaan di wilayah itu masih jauh daripada aman, lapor Anadolu.

“Gaza masih belum benar-benar aman. Walaupun terdapat peluang untuk mengubah haluan konflik, peluang itu tidak terjamin dan tidak akan kekal selamanya,” katanya.

Beliau menggesa langkah segera bagi mengukuhkan gencatan senjata serta meningkatkan bantuan kemanusiaan, selain menekankan keperluan kemajuan konkrit ke arah kestabilan dan pemulihan selaras undang-undang antarabangsa.

DiCarlo turut menyifatkan mesyuarat akan datang Board of Peace di Washington sebagai langkah penting untuk melaksanakan fasa kedua gencatan senjata dan memacu laluan politik ke arah penyelesaian dua negara.

“Usaha kolektif kita mesti menumpukan kepada pengukuhan gencatan senjata dan mengurangkan penderitaan penduduk,” katanya.

Beliau menegaskan kemasukan bantuan ke Gaza perlu dipertingkat secara ketara bagi menyokong pemulihan dan pembinaan semula yang diterajui rakyat Palestin.

“Peningkatan kemasukan bahan perlindungan, peralatan perubatan dan bekalan pendidikan amat diperlukan segera,” katanya.

Walaupun akses bantuan bertambah baik sejak Oktober lalu, keadaan kemanusiaan masih kritikal dengan sebahagian besar penduduk Gaza terus kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam keadaan amat sukar.

Related Posts

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

SURAT THANI – Ratu Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana membuktikan baginda berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah dunia menjadi ratu pemerintah pertama yang berjaya menerbangkan jet pejuang supersonik secara solo.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam