Bodo/Glimt tundukkan Inter, terus cipta sensasi

BODO/GLIMT meneruskan kempen sulung sensasi dalam Liga Juara-Juara selepas menang 3-1 ke atas Inter Milan pada aksi pertama play-off awal pagi tadi, hasil satu gol dan dua bantuan jaringan daripada Kasper Hogh.

Kelab Norway itu melangkah ke peringkat kalah mati selepas mengejutkan Manchester City dan Atletico Madrid dalam dua aksi terakhir fasa liga.

Anak buah Kjetil Knutsen meneruskan rentak cemerlang itu dengan menambah naib juara musim lalu, Inter dalam senarai mangsa mereka.

Pendahulu Serie A kendalian Cristian Chivu bagaimanapun masih yakin mampu bangkit pada aksi kedua di San Siro, minggu depan walaupun bergelut di atas padang tiruan Stadium Aspmyra di utara Norway.

“(Bodo/Glimt) lebih biasa dengan permukaan padang ini, tetapi itu bukan alasan,” kata Chivu.

“Saingan masih terbuka, masih ada perlawanan kedua. Kami tahu mereka pasukan yang berbahaya ketika serangan balas dan sekarang kami akan cuba mara ke pusingan seterusnya di San Siro.”

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai