Seorang pemandu bas positif meth dalam operasi khas JPJ

IPOH – Pemandu bas positif dadah antara kesalahan serius yang dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Perak (JPJ) menerusi Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 yang dilaksanakan di seluruh Perak sejak Jumaat hingga Isnin.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, kesalahan lain yang turut dikenal pasti ialah penumpang tidak memakai tali pinggang keledar, pemandu bas memandu di lorong kanan secara berterusan serta kegagalan menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau empat jam.

Menurut beliau, seramai 263 anggota digerakkan melibatkan 41 pasukan pemantau dengan tumpuan diberikan di lebuh raya utama, Jalan Persekutuan serta depoh dan terminal bas di seluruh negeri.

“Sepanjang operasi, JPJ mengeluarkan sebanyak 12 notis hasil pemeriksaan ke atas 119 buah bas ekspres. Pemeriksaan turut melibatkan penyamaran anggota sebagai penumpang bagi memantau pematuhan peraturan keselamatan secara langsung.

“Selain itu, ujian saringan air kencing ke atas 80 pemandu bas dijalankan dan hasilnya seorang pemandu didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sidang Media Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Meru Raya, di sini, pada malam Isnin.

Mengulas lanjut, Mohammad Yusoff berkata, beliau bersama tiga pegawai JPJ turut membuat penyamaran sebagai penumpang bas dari Pulau Pinang ke Ipoh dan mendapati kesalahan utama adalah ketiadaan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh.

Jelasnya, kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 10, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak lapan kenderaan barangan dan berat disita selepas gagal mematuhi Tempoh Larangan Kenderaan Barangan atau Road Ban yang berkuat kuasa pada 14 dan 15 Februari lalu.

Selain operasi bas, JPJ Perak turut melaksanakan Op Motosikal dengan memeriksa 1,976 buah motosikal.

Hasilnya, 248 motosikal diambil tindakan, 10 daripadanya disita, manakala sebanyak 1,109 notis saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya sehingga Ahad.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok