FINAS bangun kerangka kebajikan sistematik, perkasa Program Ziarah Seni MADANI

KOTA KINABALU – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang membangunkan satu kerangka kebajikan yang lebih sistematik dan holistik bagi membantu penggiat seni tanah air melalui pengumpulan data bersepadu di bawah sistem MyCap.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berkata, pembangunan sistem pangkalan data itu bertujuan mengiktiraf serta merekodkan maklumat penggiat seni bagi tujuan pemberian sumbangan kepada ahli-ahli yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup dan juga mereka yang pernah menerima sumbangan.

“FINAS akan sentiasa berkerjasama dengan persatuan-persatuan seni, di Sabah melalui Persatuan Film dan Visual Sabah (SAFVA) yang banyak memberikan maklumat-maklumat mengenai pengiat seni yang memerlukan untuk kita berkerjasama di bawah Program Ziarah Seni MADANI FINAS.

“Setakat ini lebih 400 pengiat seni dan dua puluh daripadanya dari Sabah telah mendaftar dan menerima sumbangan daripada FINAS sepanjang tiga tahun lalu, melibatkan pelbagai kategori seperti pelakon, pengarah dan penerbit,” ujarnya selepas meyampaikan sumbangan Ziarah Seni Madani FINAS kepada waris pengiat seni, Jaipin Leggau di sini pada Khamis.

Tambah Zed, melalui Program Ziarah Seni MADANI, bantuan kewangan disalurkan khususnya kepada penggiat seni yang memerlukan sokongan bagi menampung kos perubatan dan keperluan harian.

“Dengan inisiatif ini, kita dapat menyantuni mereka dan secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan mereka terutamanya yang sakit untuk membeli ubat-ubatan.

“Dengan kerjasama strategik Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri dan rakan-rakan yang membantu daripada sini, ia bukan sahaja FINAS yang menyumbang melalui dana kewangan, tapi turut melibatkan rakan strategik tempatan turut membantu.

“FINAS komited untuk terus bekerjasama dengan persatuan seni, khususnya di Sabah, dalam usaha mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan. Antara rakan strategik yang terlibat termasuk Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) serta persatuan-persatuan seni di peringkat negeri.

“Inilah hasrat kita, untuk memastikan kebajikan penggiat seni diurus secara lebih tersusun dan berterusan,” katanya.

Tambah Zed, Program Ziarah Seni Madani FINAS akan diteruskan pada Jumaat di Sepanggar bagi menyantuni dan memyampaikan sumbangan kepada waris keluarga Mohd Lopez Mohd.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit