1BestariNet: Serah sepenuhnya kepada SPRM untuk siasat

KOTA BHARU -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan dakwaan berhubung projek 1BestariNet.

Mohd Syahbudin Hashim berkata, berhubung perkara terbabit sebaiknya diserahkan kepada pihak SPRM terlebih dahulu untuk menjalankan kerja-kerja siasatan secara terperinci.

“Serahkan dulu pada siasatan SPRM,” katanya ringkas ketika dihubungi The Malaysia Press, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mendedahkan 1BestariNet adalah projek ‘mega gagal’ menelan belanja RM4.7 bilion dikendalikan syarikat telekomunikasi YTL Communication yang didakwa sebagai kroni Muhyiddin.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek bernilai RM4 bilion 1BestariNet yang sudah dihentikan.

Berhubung perkara itu, SPRM turut menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan tersebut.

Walau bagaimanapun suruhanjaya itu menegaskan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak seharusnya dikompromi.

Related Posts

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?