RUU Keselamatan Dalam Talian perlu dibentang secepat mungkin – Azalina

KOTA TINGGI – Kerajaan menggesa pembentangan segera berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian bagi tujuan mengelakkan kejadian penyalahgunaan gambar kanak-kanak tanpa kebenaran di media sosial.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, melalui kewujudan RUU terbabit, ia sekaligus membolehkan sebarang tindakan pantas diambil sekiranya terdapat unsur jenayah dalam mana-mana platform.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang menzahirkan penghargaan terhadap netizen yang menyalurkan maklumat berhubung insiden itu kepada pihak berkuasa berikutan tindakan seorang pemandu bas yang menyiarkan video kanak-kanak dalam bas dalam media sosial miliknya.

“Bagi pihak kami di bahagian Hal Ehwal Undang-Undang kewujudan Akta Jenayah Dalam Talian kita perlu bentangkan secepat mungkin yang saya sebut pada sesi Oktober ini dalam situasi sedemikian.

“la untuk memberi maklumat contohnya kalau ada keluarga yang tidak puas hati mereka boleh lapor dan turunkan gambar. Malah, pakar kata perkara sebegini pun boleh ‘spread by the million’ dalam tempoh dua ke tiga hari. Kita tengok sebelum keluar surat khabar, 10 juta penonton selepas keluar 20 juta penonton,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) Felda Sungai Mas di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, lapor Malaysia Gazette,

Terdahulu, seorang pemandu bas ditahan polis di Simpang Renggam, Kluang pada jam 2.57 pagi tadi kerana memuat naik beberapa video memaparkan wajah penumpang bas yang merupakan kanak-kanak sekolah.

Ekoran itu, suspek berusia 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik dan direman lima hari bermula hari ini.

Sebelum ini tular dalam aplikasi TikTok pemandu bas berkenaan yang menggelar seorang pelajar sekolah rendah perempuan di tempat duduk hadapan bas sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kecaman golongan ibu bapa yang berpendapat ia itu tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Pada masa sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis, berhubung video itu.

Related Posts

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

AYER KEROH – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menjadi wadah perjuangan yang merangkul semua generasi, termasuk anak muda dan veteran parti dalam memperkukuh agenda reformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

AYER KEROH – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberikan ruang kebebasan lebih luas kepada mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar