Raja Segaran antara 11 individu dilantik Pesuruhjaya Kehakiman baharu

PUTRAJAYA – Bekas Penasihat Khas dan Perunding Undang-Undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri K. Raja Segaran, mendahului senarai 11 individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu.

Raja Segaran, 60, sebelum ini memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Financial Services Institute di bawah Kerajaan Kepulauan British Virgin Islands, Ahli Lembaga Pengarah Labuan Financial Services Authority serta pegawai amanah berlesen dan perunding kanan kepada institusi fidusiari terkawal selia di Labuan, New Zealand dan Australia.

Beliau juga dikenali secara meluas sebagai jurulatih global dan penceramah utama dalam bidang pencegahan pengubahan wang haram serta pembiayaan keganasan (AML/CFT), risiko jenayah kewangan, aset digital serta tadbir urus fidusiari, dengan penyampaian program kepada pengawal selia, institusi perbankan dan agensi kerajaan di lebih sedozen negara.

Dalam masa yang sama, Raja Segaran mempunyai pengalaman luas dalam litigasi, dengan penglibatan dalam pelbagai kes yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, sekali gus mencerminkan keterlibatan berterusan beliau dengan institusi kehakiman di peringkat tertinggi.

Selain itu, bekas peguam kanan yang juga bekas Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar, 58, turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

Turut dilantik, bekas Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong, 56, dan Pengarah Mahkamah Negeri Johor, Rihaida Rafie, 55.

Pelantikan tersebut turut melibatkan Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad, 48, dan bekas Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Asmadi Hussin, 58.

Turut menganggotai badan kehakiman, bekas peguam yang juga pernah berjawatan sebagai penasihat undang-undang beberapa kementerian, Zalita Zaidan, 57.

Sementara itu, peguam-peguam Mohamad Redzuan Idrus, 48, Alvin Leong Yin Yuan, 48, dan Clive Jublee, 55, serta bekas Hakim Mahkamah Sesyen, Azhar Mokhtar, 60, turut dilantik.

Pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Zamri, Raja Segaran, Rihaida, Asmadi, Zalita, Redzuan dan Azhar mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah. Mereka akan berkhidmat di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Nixon, Dayang Ellyn, Yin Yuan dan Clive mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi. 

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran