Pemindahan Pelabuhan Bintulu langkah strategik perkukuh infrastruktur Sarawak

KUCHING – Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) hari ini menjelaskan bahawa penilaian RM1.8 bilion bagi pemindahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak telah dimuktamadkan melalui rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Menurut kementerian itu, perkara tersebut adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan mencerminkan semangat kerjasama erat antara kedua-dua pihak di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

MIPD menjelaskan bahawa nilai RM1.8 bilion berkenaan bukan ditetapkan secara sewenang-wenangnya sebaliknya berdasarkan gabungan nilai aset pelabuhan hasil latihan penilaian terperinci serta rundingan yang teliti.

“Dari segi sejarah, tanah yang diperuntukkan bagi Pelabuhan Bintulu telah dilupuskan kepada Kerajaan Persekutuan dengan bayaran premium tanah dibuat kepada Kerajaan Sarawak. Infrastruktur utama termasuk Terminal LNG dan Terminal Minyak turut dibina dengan kos Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu,” menurut kenyataan media hari ini.

Pemulangan Pelabuhan Bintulu merupakan langkah asas ke arah penubuhan rangka kerja pihak berkuasa pelabuhan pusat di Sarawak bagi memastikan pembangunan pelabuhan yang lebih terselaras dan efisien, di samping mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab perdagangan dan logistik serantau.

Langkah berkenaan juga selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) yang menekankan kepentingan infrastruktur moden dan bersepadu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi mampan serta meningkatkan kesalinghubungan.

Dalam pada itu, MIPD turut menegaskan komitmen berterusan untuk mengurus pelabuhan Sarawak secara bertanggungjawab serta memperkukuh kerjasama dengan semua pihak berkepentingan demi kemakmuran bersama.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi