108 projek pembangunan Kabong perlu mengikut jadual

Oleh: Eveline B.

BETONG – Semua agensi pelaksana diingatkan supaya memastikan 108 projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong berjalan lancar mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, kepatuhan kepada jadual pelaksanaan amat kritikal bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat segera.

Beliau menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek Kawasan DUN Kabong di Pejabat Residen Bahagian Betong, di sini pada Khamis.

“Berdasarkan pembentangan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), sebanyak 108 projek fizikal direkodkan di kawasan ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM204.42 juta.

“Daripada jumlah itu, 33 peratus atau 36 projek telah siap sepenuhnya manakala 62 projek masih di peringkat perancangan,” katanya.

Menurutnya, pemantauan semasa mendapati lapan projek sedang berjalan mengikut jadual dan satu projek mendahului jadual, namun terdapat satu projek yang mengalami kelewatan.

Justeru katanya, punca kelewatan projek tersebut perlu dikenal pasti segera bagi membolehkan tindakan pembetulan diambil.

“Bagi tahun 2026, peruntukan yang disediakan adalah berjumlah RM32.40 juta dengan perbelanjaan semasa direkodkan sebanyak RM21.78 juta.

“Kerjasama erat semua agensi amat diharapkan demi kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat di DUN Kabong,” ujarnya.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3