‘Depan setuju, belakang dia tukar’

KUALA KANGSAR – UMNO tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang jawatan Presiden parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Hadi tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

“Saya pernah berbincang empat mata dengan Abdul Hadi. Hari ini depan-depan setuju. Namun, keesokannya dia tukar. Setuju-setuju kemudian di belakang dia tukar kembali. PAS ini berbohong dari dahulu sampai sekarang.

“Selagi orang itu jadi Presiden, jangan harap kita bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam itu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; dan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya menerima hakikat kaedah terbaik bagi memastikan UMNO terus bertahan ialah bekerjasama dalam politik.

“Kita kena terima hakikat bahawa kaedah terbaik adalah bekerjasama kerana dalam politik tiada musuh yang kekal dan juga tiada kawan yang kekal. Hari ini mungkin kawan, esok lawan dan hari ini lawan, namun mungkin esok kawan,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan