Petani luar MADA paling terkesan, hampir 300 hektar bendang terjejas kemarau

ARAU — Petani padi di kawasan luar sistem pengairan utama di Perlis kini berdepan tekanan serius apabila kira-kira 290 hektar sawah dikenal pasti terjejas akibat kemarau berpanjangan yang menjejaskan bekalan air ke kawasan penanaman.

Keadaan itu memberi kesan ketara kepada petani kecil yang bergantung kepada sumber air alternatif, khususnya di kawasan yang tidak berada dalam kawasan sistem pengairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Exco Pertanian Negeri Perlis, Megat Hashirat Megat Hassan berkata, kawasan luar jelapang merupakan kelompok paling terdedah ketika cuaca kering berpanjangan kerana bekalan air tidak dapat disalurkan secara konsisten.

“Kawasan sekitar Kampung Guar Halban dan Mata Ayer sahaja melibatkan kira-kira 130 hektar sawah yang telah menunjukkan tanda kekeringan akibat kemarau berterusan sejak beberapa minggu lalu.

“Walaupun beberapa langkah alternatif seperti penggunaan telaga tiub dan pam air telah dilaksanakan, keupayaannya masih belum mencukupi untuk menampung keseluruhan keperluan sawah padi yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Beliau menjelaskan sistem pengairan sedia ada kini beroperasi pada tahap maksimum dan tidak mampu menyalurkan bekalan air secukupnya ke kawasan penanaman di luar jelapang.

Katanya, sekiranya cuaca kering ini berterusan, sebahagian besar tanaman padi dijangka terkesan, terutama di kawasan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air alternatif.

“Dalam usaha mengurangkan kesan kepada petani, kerajaan menyediakan perlindungan melalui skim insurans takaful pertanian bagi membantu meringankan beban mereka yang mengalami kerugian akibat bencana cuaca.

” Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan penggunaan varieti padi yang lebih tahan terhadap cuaca ekstrem, sebagai langkah jangka panjang bagi menyesuaikan sektor pertanian dengan perubahan iklim,” ujarnya.

Untuk rekod, sehingga 5 Februari tahun ini, beberapa kawasan di Perlis tidak menerima hujan antara 21 hingga 39 hari, manakala suhu tertinggi bulan lalu direkodkan mencecah 34.4 darjah Celsius pada 16, 17 dan 19 Januari.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara