SARA jana RM4.8 bilion transaksi sepanjang 2025

PELAKSANAAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2025 mencatatkan nilai transaksi perbelanjaan sebanyak RM4.8 bilion di pasaran tempatan, sekali gus mencerminkan keberkesanan mekanisme bantuan tanpa tunai kerajaan yang dilaksanakan secara bersasar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebanyak 99 peratus penerima memanfaatkan bantuan itu melalui penggunaan MyKad bagi pembelian barangan keperluan asas di premis berdaftar.

Amir Hamzah berkata, daripada keseluruhan peruntukan RM5 bilion bagi SARA bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), hampir 5.6 juta penerima telah menggunakan MyKad untuk membuat pembelian di kedai rakan niaga.Beliau berkata, SARA merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit menerusi kad pengenalan dan boleh digunakan bagi pembelian 14 kategori barangan keperluan asas.

“Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar manfaatkan bantuan bagi tujuan yang dinyatakan. Peningkatan peruntukan STR dan SARA dari tahun ke tahun ialah komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.

“Bantuan ini khususnya SARA merupakan mekanisme bantuan bersasar yang membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang tahun 2025 serta nilai sebenar transaksi yang dijana dalam pasaran tempatan.

Dr Zaliha turut meminta penjelasan mengenai status baki bantuan yang tidak dibelanjakan sehingga tarikh luput 31 Disember 2025 serta pelan penambahbaikan sistem berkenaan bagi tahun 2026.

Bagi pelaksanaan SARA secara sekali bayar, Amir Hamzah berkata, lebih 21 juta rakyat Malaysia atau 96 peratus daripada keseluruhan penerima telah membuat perbelanjaan, dengan nilai transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.

Mengulas baki peruntukan SARA bagi tahun 2025, beliau berkata ,sebanyak RM150 juta tidak dibelanjakan atau tidak dituntut sehingga 31 Disember 2025 dan akan diagihkan semula kepada kumpulan sasar lain.

Menurut beliau, dana berkenaan akan disalurkan antaranya kepada penghuni pusat perlindungan, khususnya mangsa keganasan rumah tangga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), selain pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Selain itu, katanya, peruntukan tersebut turut melibatkan pembelian peranti perubatan untuk pesakit miskin di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) serta penubuhan dan pengukuhan bank masakan dapur siswa dengan peruntukan khusus RM15 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Pengagihan semula dana ini bukan sahaja memastikan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan awam malah memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara. Tumpuan kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit miskin memperlihatkan keutamaan kerajaan terhadap prinsip keadilan sosial dan kemanusiaan.

“Langkah ini juga membuktikan keupayaan kerajaan mengurus dana awam secara fleksibel dan responsif terhadap keperluan semasa. Ia turut mencerminkan pendekatan kerajaan yang lebih bersasar dan inklusif dalam menangani isu kebajikan sosial,” katanya.

  • Related Posts

    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

    KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

    KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    • By Aden
    • September 9, 2026
    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

    • By Ezmie
    • September 9, 2026
    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan