Kegagalan projek 1BestariNet ‘jenayah’ Muhyiddin

SEJAK diperkenalkan kepada komuniti pendidikan di Malaysia pada 2011, projek 1BestariNet diharapkan dapat memantapkan lagi sistem pendidikan di negara ini.

Sebagai Menteri Pendidikan ke-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tentu mengetahui sedikit – sebanyak perihal program 1BestariNet memandangkan beliau memegang jawatan itu antara tahun 2009 hingga 2015.

Namun, sayang sekali apabila projek memakan belanja sebegitu besar menjadi ‘mega gagal’ hingga mengakibatkan ketirisan wang kerajaan berbilion ringgit.

Dan entah kenapa, walaupun ia sudah dilabel sebagai ‘mega gagal’ pada 2019, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin – yang ketika itu Menteri Dalam Negeri – kekal berkeras mahu meneruskan projek berkenaan.

Perkara itu didedahkan sendiri seorang lagi bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini.

Maszlee menyifatkan 1BestariNet sebagai ‘jenayah’ Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ketika itu.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga mendakwa isu terbabit adalah antara sebab utama beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

1BestariNet projek ‘mega gagal’

Maszlee berkata, 1BestariNet adalah projek ‘mega gagal’ menelan belanja RM4.7 bilion dikendalikan syarikat telekomunikasi YTL Communication yang didakwa sebagai kroni Muhyiddin.

“Bilangan berbilion itu diberikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai kroninya – YTL – yang mana ia adalah projek yang ‘mega gagal’.

“Sehingga 2018, kita dapati internet teruk dari segi Frog VLE itu menyebabkan ramai cikgu menderita, murid entah ke mana, duit dah bilion habis.

“Syarikat YTL tidak membayar sebarang sewa kepada pihak sekolah kerana meletakkan pencawang internet mereka bagi kegunaan YES.

“Draf perjanjian antara kementerian (Kementerian Pendidikan) dan syarikat YTL juga berat sebelah kerana lebih memihak kepada syarikat swasta terbabit.

“Tapi yang paling penting ialah projek tersebut ‘mega gagal’… bila kita tengok pada pihak profesional yang menilai, mereka (projek 1BestariNet) belanjakan hampir RM1 bilion, jadi RM3 bilion lagi (untung) atas angin,” dakwa Maszlee.

Pakar selidik projek 1BestariNet merugikan rakyat

Maszlee menjelaskan, Frog VLE adalah Learning Management System (LMS) digunakan 1BestariNet pada waktu itu adalah sama seperti Google Classroom yang sebenarnya boleh didapati secara percuma.

Ujar Maszlee, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Perdana Menteri pada ketika itu – Tun Dr Mahathir Mohammad – menerusi lima kali pertemuan dengannya, mengarahkan beliau menyambung semula kontrak 1BestariNet.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat dilakukan memandangkan penyelidikan daripada beberapa pihak profesional mendapati projek 1BestariNet ini adalah ‘mega gagal’ dan merugikan duit rakyat.

Dakwanya lagi, perkara itu menyebabkan beliau akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

“Saya tahu tak mudah dan saya tahu risiko yang terpaksa saya ambil waktu itu.

“Tapi ini kenapa saya sertai politik… untuk kita dapatkan kerajaan yang baik,” kata Maszlee.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen