Perkukuh liputan internet pedalaman untuk pendidikan, ekonomi digital

MIRI – Usaha mempertingkatkan capaian internet di kawasan pedalaman perlu diberi keutamaan bagi memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati kemudahan digital secara lebih adil dan seimbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, akses internet yang stabil bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan penting untuk pelbagai urusan termasuk komunikasi, pembelajaran serta aktiviti ekonomi.

“Internet yang baik akan memberi perubahan besar kepada kehidupan masyarakat pedalaman, terutama dalam pendidikan, urusan dalam talian dan peluang menjana pendapatan melalui platform digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Miri berkaitan pelaksanaan dan penambahbaikan perkhidmatan Broadband Wireless Access (BWA) di beberapa penempatan di kawasan Mulu, pada Rabu.

Perbincangan itu melibatkan lokaliti Long Medamud, Ba Tik A, Ba Tik B dan Long Lobang, termasuk meneliti keadaan semasa perkhidmatan, cabaran teknikal serta keperluan tindakan segera bagi meningkatkan kestabilan liputan.

“Kita tidak mahu wujud jurang digital yang berpanjangan. Penduduk di pedalaman juga berhak menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih konsisten dan berkualiti,” jelasnya.

Beliau akan terus memantau perkembangan pelaksanaan penambahbaikan yang dicadangkan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan mengikut keperluan setempat.

Tambahnya, beliau turut berharap kerjasama berterusan antara SKMM dengan agensi berkaitan dapat mempercepat penyelesaian isu liputan sekali gus meningkatkan tahap perkhidmatan internet di kawasan terlibat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula