MM2H bukan ‘lesen’ buat warga asing dapat kewarganegaraan

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI tidak pernah membuka peluang untuk ekspatriat atau warga asing mendapat kewarganegaraan menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Sebaliknya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan, inisiatif strategik itu adalah program pas lawatan sosial jangka panjang dengan kemudahan visa berulang alik yang membolehkan warga asing tinggal di Malaysia bagi tempoh tertentu.

“Setakat hari ini, program MM2H tidak pernah memberi permohonan kewarganegaraan.

“Taraf pemastautin tetap (MYPR) adalah program pas lawatan sosial jangka panjang dengan kemudahan visa berulang alik atau ‘multiple entry visa’ yang membolehkan warga asing tingal di Malaysia bagi tempoh lima hinga 20 tahun.

“Ia (dikelaskan) melalui empat kategori utama, platinum untuk 20 tahun, gold bagi 15 tahun, silver untuk lima tahun dan zon ekonomi khas 10 tahun,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PN Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang meminta kementerian menjelaskan sama ada terdapat pemohon MM2H  mendapat taraf kewarganegaraan melalui program berkenaan.

Beliau juga ingin tahu jumlah rumah yang terjual kepada warga asing melalui program itu sehingga 2025.

Menjawab persoalan itu, King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu menjelaskan, setakat 31 Disember tahun lalu, seramai 744 peserta MM2H direkodkan membeli kediaman di negara ini, manakala 2,637 peserta lain masih melalui proses pembelian.

Ini katanya termasuk sedang memuktamadkan perjanjian jual beli dan mengenal pasti lokasi kediaman yang bersesuaian.

“China merekodkan pembelian kediaman di Malaysia tertinggi iaitu 304, diikuti Taiwan (91), Singapura (63), Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40) dan Hong Kong (34).

“Negara lain yang turut merekodkan pembelian menerusi MM2H adalah Australia membabitkan 29 pemohon, Bangladesh (19), Korea Selatan (15), selain Indonesia dan Jepun (14) ” katanya.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara