Sarawak salur RM100 juta untuk hospital digital, kesihatan luar bandar – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan inisiatif besar untuk memperbaiki penjagaan kesihatan di negeri itu terutama di luar bandar.

Selain itu, beliau menggariskan pelbagai usaha meningkatkan infrastruktur perubatan dan latihan di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM100 juta tahun ini untuk membina klinik dan kuarters bagi kakitangan perubatan di luar bandar, memastikan para doktor dan jururawat yang berkhidmat di kawasan terpencil mempunyai kemudahan yang baik,” jelas beliau.

“Langkah ini akan diteruskan sehingga perkhidmatan kesihatan yang mencukupi tersedia untuk semua penduduk luar bandar,” katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan betapa pentingnya pendidikan perubatan sekali gus mengumumkan biasiswa automatik kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di UNIMAS dan institusi lain di Sarawak.

“Menjelang 2026, pendidikan tinggi percuma akan ditawarkan kepada semua anak Sarawak di universiti milik negeri termasuk bidang perubatan.”

“Pelaburan RM10 juta untuk mendigitalkan rekod hospital, yang membolehkan semua hospital dihubungkan secara digital untuk akses rekod pesakit dengan segera, bagi memastikan rawatan lebih baik dan meminimumkan kesilapan”, umum beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam AGM Kebangsaan ke-64 Persatuan Perubatan Malaysia di Sheraton Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Abang Johari turut berkata kerajaan Sarawak melabur dalam latihan perubatan khusus dan peralatan dengan peruntukan RM1 juta untuk melatih kakitangan dalam rawatan strok di Hospital Umum.

Ujar beliau, kerjasama dengan Normah Medical Specialist Centre juga memperkukuh perkhidmatan neurologi.

“Kerajaan Sarawak juga bersetuju membeli peralatan untuk masalah berkaitan neurologi serta melatih pakar.

“Penyakit jantung dan strok adalah keutamaan, dengan pelaburan sedang dibuat dalam latihan dan peralatan bagi menangani isu tersebut,” ujar beliau.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman bin Awang Sauni, dan pelbagai pemimpin perubatan yang lain.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran